Kekebalan Parlimen tidak mutlak – Timb Speaker

Jelas Ronald, ahli Parlimen masih tertakluk kepada Akta Hasutan di mana ia tidak dilindungi oleh ‘kekebalan Parlimen’.

“Kekebalan parlimen tidak bersifat mutlak, ia tertakluk kepada Akta Hasutan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menolak usul menghalang polis menyoal siasat bekas anggota kabinet, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah atas dakwaan melanggar sumpah kerahsiaan.

Ahli Parlimen DAP-Bagan, Lim Guan Eng sebelum ini mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar “melanggar kemuliaan parlimen” dengan menyiasat bekas menteri kewangan kedua itu yang mempunyai kekebalan berucap di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut perkara itu, Ronald menegaskan siasatan ke atas Husni dibuat berdasarkan tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya dan beliau tidak akan masuk campur urusan tersebut.

“Jika ada laporan polis, polis bertanggungjawab untuk menyiasat,” tegasnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri