Kedudukan kedua MCA, status seperti tiada fungsi

Secara keseluruhannya, apa yang disampaikan Chua Soi Lek adalah orang Cina sebenarnya mahu melihat parti itu kuat baik pemimpin mahupun organisasinya.

Jika wartawan tidak silap petik, kenyataan Chua Soi Lek itu boleh dimaksudkan sebagai kekuatan MCA sebenarnya perlu terlebih dahulu ‘berhadapan dengan DAP’. Akan tetapi, apabila senario MCA berhadapan dengan DAP, adakah pemimpin akar umbi dan tempatan MCA boleh menjadi kuat juga?

Usah cakap perkara lain, Menteri Pengangkutan juga tiada kuasa untuk meluluskan Rang Undang-Undang yang melibatkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat kerana ia diletakkan di bawah penyeliaan JPM. Apabila kita meneliti bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, pembaca boleh faham sendiri bahawa agensi dibawahnya adalah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Jabatan Maritim, JPJ, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Lembaga Pelabuhan Kelang, Lembaga Pelabuhan Johor, Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang, Lembaga Pelabuhan Bintulu, Lembaga Pelabuhan Kuantan, Perbadanan Aset Keretapi, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Institut Maritim (MIMA).

Jika dikira, 13 agensi ini boleh dikecilkan peranannya seperti: Lembaga Pelabuhan ada lima. Keselamatan, siasatan dan penyelidikan ada empat manakala empat lagi boleh dikategorikan sebagai udara dan laut. Namun begitu, apa yang telah dibuat oleh Liow Tiong Lai sehinggakan upacara menandatangani perjanjian HSR Singapura-KL juga dipinggirkan peranannya?

Kuat? Kekuatan apa yang ada pada Menteri Pengangkutan? Debat? Bagaimana Menteri Pengangkutan mahu debat? Hari ini kita boleh melihat, walaupun MCA berada di kedudukan kedua dalam BN namun statusnya dilihat seperti tiada fungsi. Jadi, bagaimana mahu berhadapan degnan DAP? – Oriental Daily

Related posts

Kaedah pengiraan jatuhkan Najib

“Tugasan besar” DAP

Hadi Awang “Man of the year”