Kedah beri amaran rampas tanah tanam ketum

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengiktiraf tanaman pokok ketum kerana terdapat banyak tanaman pertanian lain yang boleh menyumbang pendapatan lebih lumayan kepada pengusahanya.

“Jika ada pengusaha yang gunakan tanah kerajaan negeri untuk menanam ketum, kita tidak teragak-agak untuk merampasnya.

“Kita akan menggunakan peruntukan undang-undang tertentu untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kedah di Dataran Darul Aman di Jitra pada Sabtu. – Kosmo! Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia