Bagaimanapun, setelah penganjur, DAP yang diketuai ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berunding dengan SPR, badan kerajaan tersebut akhirnya akur dan membenarkan ceramah diadakan selama 30 minit.
Setelah dibenarkan meneruskan program oleh SPR, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden PAN, Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memulakan ceramah manakala Suee Lim telah bertindak sebagai Suee Lim.
Sementara itu calon PAN, Azhar Abdul Syukur hanya datang untuk memperkenalkan dirinya sahaja dihadapan sekitar 60 orang yang hadir.