Kebakaran hutan makin marak

Pegawai dan jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasio­nal (BNPB), Sutopo Nugroho berkata, api marak di beberapa kawasan di Sumatera dan Kalimantan.

Menurutnya, pemerintah bimbang kebakaran hutan yang meluas pada tahun lalu akan berulang.

Bencana itu menyebabkan jerebu dan pencemaran udara teruk yang menjejaskan beberapa jiran Indonesia di samping kerugian AS$16 bilion (RM64.4 bilion) kepada Jakarta.

“Bulan September merupakan pertengahan musim kering apabila kebakaran hutan sampai ke kemuncaknya.

“Status amaran kecemasan ini dikeluarkan supaya lebih mudah untuk BNPB menggerakkan sumber-sumbernya,” kata Sutopo.

Beliau berkata, agensi itu menghantar sebanyak lapan buah helikopter, dua buah pesawat membawa air dan dua buah kapal terbang pembenihan awan ke Sumatera dan Kalimantan.

“Di Riau, anggota-anggota pemadam api memadamkan kebakaran meliputi kawasan hutan seluas 3,000 hektar.

“Sekurang-kurangnya 79 orang ditangkap kerana membakar hutan pada tahun ini,” tambah Sutopo.

Kebakaran hutan merupakan bencana tahunan di Indonesia. Ia menyebabkan jerebu yang kerap menjejaskan jirannya iaitu Singapura, Malaysia dan Thailand dengan tahap pencemaran udara mencapai paras bahaya.

Kebakaran pada tahun lalu memusnahkan 2.6 juta hektar hutan dan tanah pertanian di seluruh kepulauan Indonesia dari Jun hingga Oktober.

Pencemaran jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan juga menyebabkan lebih 500,000 orang jatuh sakit, menurut BNPB. – Dpa

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia