Keadaan selamat, pesawat Erdogan mendarat

Dalam pada itu, menurut laporan AFP, agensi penyiasatan Turki, MIT berkata ia turut menjadi sasaran kumpulan perampas tetapi cubaan mereka telah ‘digagalkan’, kata jurucakap sambil menambah tiada kakitangannya yang cedera.

Sementara itu, pesawat membawa Presiden Recep Tayyip Erdogan selamat mendarat di Lapangan Terbang Ataturk Turki, selepas cubaan rampasan kuasa oleh tentera yang cuba menggulingkan beliau, lapor sumber rasmi kerajaan.

Memetik laporan Reuters, ketika kejadian, Erdogan dikatakan sedang bercuti di Marmaris sebuah destinasi pelancongan tepi pantai di Turki. Sekumpulan tentera juga dilaporkan memasuki premis kumpulan media swasta Turki, Dogan Media, lapor saluran CNN-Turki sebelum dihentikan siarannya oleh kumpulan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, penyiar NTV melaporkan dua orang terbunuh dalam pertempuran di sekitar ibu kota awal semalam.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia