Bertakhtakan berlian dan mutiara, tiara itu dipakai pada majlis sambutan diplomatik tahunan di Istana Buckingham, London.
Tiara yang dinamakan ‘Cambridge Lover’s Knot’ ini pernah dipakai Kate pada acara sama tahun lalu.
Acara tahunan dalam kalendar diraja Britain itu sekaligus menyaksikan Kate memakai tiara berkenaan buat kali kelima, dan kali pertama semasa perkahwinannya.
Memakai tiara yang mempunyai sejarah tersendiri, Kate kelihatan anggun memakai busana merah.
Pada majlis itu, Kate dilihat bergambar dengan suaminya, Putera William, Ratu Elizabeth dan suami, Putera Philip yang juga Duke of Edinburgh, Putera Charles dan isteri, Camilla Parker yang juga Duchess of Cornwall. – Mail Online