Kartunis Zunar kena tumbuk

Menurut beliau, selain ditumbuk sebanyak empat kali, kolar bajunya turut ditarik kumpulan berkenaan yang berkemungkinan timbul akibat tidak berpuas hati dengan pameran yang diadakannya.

“Mereka juga tarik kolar saya, saya diserang secara fizikal, tetapi saya terus tenang, saya tidak mahu bertindak balas.

“Sebagai penerima anugerah kartunis untuk Anugerah Keamanan yang disampaikan oleh bekas Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Kofi Anan di Geneva tahun ini, saya mahukan keamanan, bukan perang,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Zunar berkata ketua kumpulan itu memperkenalkan diri sebagai anggota Pemuda UMNO dan mereka diketuai Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.

Susulan daripada itu, beliau meminta Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk menegur anak buahnya supaya menjaga kelakuan dan bukan bertindak ganas terhadap pesaing mereka.

“Adalah malang, kerana penyokong parti pemerintah, mereka mengancam untuk membakar buku-buku saya,” kata Zunar.

“Selain memaksa saya mengambil semua karya seni saya yang telah dilekat untuk pameran, mereka menendang dan merosakkan dua keping lukisan saya, kumpulan itu juga bertanya kepada saya mengapa saya tidak melukis kartun menentang kerajaan Pulau Pinang,” kata Zunar.

“Saya beritahu mereka bahawa mereka boleh mengadakan pameran mereka sendiri tentang kerajaan Pulau Pinang jika mereka mahu, tetapi jangan ganggu saya,” katanya.

Pameran 10 karya seni Zunar terletak di tingkat 3 Komtar telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng pada tengah hari sebelum ia diganggu oleh sekumpulan anggota Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri