‘Kantoi’ dengan suami orang, wanita dibogel dan dipukul dengan botol arak

Mangsa yang dipercayai bernama Fatin itu dibelasah teruk hingga menerima 15 jahitan selain dimalukan apabila kejadian itu dirakam menerusi sebuah klip video yang dikongsi orang ramai melalui media sosial pada Isnin.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, kelihatan isteri kepada teman lelakinya yang dikenali sebagai Nadia Nordin bertindak memukul dalam keadaan marah sementara mangsa yang dibogelkan memohon untuk dilepaskan kerana sakit.

Lebih mengejutkan, sebuah lagi video ‘part 2’ muncul memaparkan aksi Nadia memukul suaminya yang dikenali sebagai Mohd Faizal.

Bagaimanapun lokasi sebenar kejadian tidak dapat disahkan namun berdasarkan dialek pertuturan, ia dipercayai berlaku di Pantai Timur tanah air.

Â

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah