Kandungan pendrive lagi penting bukan dalang bocor maklumat – KJ

Jelasnya, ini kerana masyarakat umum lebih berminat mengenai isi kandungan Pendrive yang dikatakan mengandungi salah laku pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Sudah pastinya yang penting adalah isi kandungannya, sebab dari segi keutamaan, saya percaya peminat bola sepak tak nak dengar sangatlah FAM cakap tentang siapa yang membocorkan maklumat dan sebagainya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam satu majlis Forum Kyoto-ASEAN 2016 di ibu negara pada Khamis.

Terdahulu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin pada Rabu berkata, persatuan tersebut tidak akan berdiam diri tetapi bakal mengambil tindakan berkaitan isu laporan dalam pemacu pena selepas menerima laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pendrive berkenaan yang didakwa mempunyai laporan sebanyak 279 halaman yang mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku di FAM, diserahkan kepada Khairy oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 26 Ogos lalu.

Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM selain mahu memberi tumpuan kepada kelabnya.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2