Kanak-kanak perempuan empat tahun mangsa dera stabil

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kanak-kanak berkenaan dimasukkan pada 3.54 pagi dan dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma sebelum menerima rawatan di wad kanak-kanak HSAH.

“Kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal di beberapa bahagian tubuh namun secara keseluruhannya di bawah pemerhatian pakar perunding kanak-kanak dan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun Dr Norhizan berkata memandangkan kes berkenaan adalah kes Polis, maka pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut kerana tidak mahu menganggu siasatan pihak berkuasa.

Awal pagi tadi, aduan diterima Polis Kuala Muda berhubung kes pergaduhan di flat berkenaan, membongkar kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong ikan dalam bilik di rumah terbabit.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap