Kanak-kanak perempuan 12 tahun mangsa seks kenalan WeChat

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, perkara itu terbongkar selepas kanak-kanak itu menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di sini selepas ibunya membuat laporan polis pada Sabtu.

Katanya, hasil siasatan mendapati kanak-kanak tersebut mengenali lelaki berusia 24 tahun itu daripada aplikasi WeChat dan dipercayai telah beberapa kali melakukan hubungan seks.

“Kanak-kanak itu mendakwa telah diberi dadah dan polis percaya kanak-kanak itu juga telah melakukan hubungan seks dengan lelaki lain,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di Alor Setar pada Isnin.

Katanya, polis telah mengenal pasti identiti lelaki itu yang mempunyai rekod jenayah dadah dan sedang giat memburunya.

Beliau menasihati ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak mereka termasuk dalam penggunaan media sosial bagi mengelak kejadian seperti itu berlaku kepada keluarga mereka. – Bernama

]

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap