Kanak-kanak maut difteria tidak disuntik vaksin imunisasi

Zalifah Hussin, 40 mengakui perkara tersebut seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani.

Dalam masa yang sama, ibu kepada Muhammad Rusydi Rizky Amdin itu tidak menolak kemungkinan difteria yang menjangkiti dua anaknya itu adalah daripada pergaulan dengan warga asing.

Zalifah merupakan seorang peniaga nasi lemak yang berniaga di daerah Sungai Petani, Kedah.

Ibu tersebut kehilangan dua anaknya termasuk Muhammad Haris Haikal, 2 tahun yang meninggal dunia pada 21 Jun lalu akibat difteria manakala Rusydi meninggal Ahad lalu.

Siasatan kematian ke atas Muhammad Rusydi Rizky masih dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengetahui punca sebenar kematian.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia