Beliau bersama-sama anggota Puteri UMNO negeri menziarah kanak-kanak malang itu di wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) hari ini dan menyampaikan sumbangan wang (yang diamanahkan kepada pihak hospital) serta dua patung beruang.
“Saya sempat berbual dengan doktor dan difahamkan bahawa keadaannya stabil, cuma luka pada muka, kesan lebam dan bengkak masih jelas kelihatan selain patah tulang bahu kanan,” katanya kepada pemberita di lobi hospital di Sungai Petani.
“Saya turut bersedih dengan keadaannya, tidak sepatutnya pada usia begitu dia mengalami perkara seperti ini,” kata Norhashimah.
Kanak-kanak itu bagaimanapun sedang tidur, ketika mereka tiba, menurut doktor dia sudah sedar dan memberikan respons bahkan mengadu sakit, sejuk dan memanggil ibunya walaupun pertuturannya terhad, katanya.- Bernama