Kanak-kanak hilang ketika sidai kain diculik wanita kurang siuman

Dalam kejadian jam 2.20 pagi itu, Muhammad Amirul atau lebih mesra dipanggil Mirul ditemui anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kuantan hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika serbuan dilakukan, suspek berusia 37 tahun enggan membuka pintu untuk memberi kerjasama sehingga menyebabkan polis terpaksa memecah masuk dan menemui mangsa bersama dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan 15 tahun.

“Siasatan awal mendapati, selama enam hari dikurung di rumah itu mangsa hanya diberi roti untuk mengalas perut dan segelas minuman selain suspek juga mengunci pintu bilik bagi mengelak mangsa melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, di Kuantan pada Khamis.

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Harian Metro semalam melaporkan ibu kanak-kanak berkenaan, Mime Azura Mohd Noor, 33, resah apabila anaknya hilang selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Tengah, di sini, 6.30 petang Jumaat lalu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia