Kanak-kanak berumur 11, 12 tahun di Mesir bertunang

Kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Gharam bertunang dengan sepupu lelakinya yang berusia 12 tahun, Omar dalam majlis yang serba kemeriahan.

Keputusan bapa Omar, Nasser Hassan mengumumkan pertunangan tersebut ternyata dilihat melanggar undang-undang Mesir yang melarang perkahwinan di bawah usia 18 tahun.

Namun Naser berkata kepada akhbar tempatan, Al Watan, tindakannya itu tidak salah kerana pasangan terbabit hanya melangsungkan majlis pertunangan dan bukan perkahwinan.

Bagaimanapun Pengarah Pusat Bantuan Perundangan dan Kaunseling Wanita, Reda Eldanbouki melaporkan kejadian itu kepada agensi kerajaan, Pusat Kebangsaan Ibu dan Anak.

Beliau turut memfailkan aduan kepada peguam negara bagi menyiasat insiden tersebut dan menahan ibu bapa kedua-dua kanak-kanak terbabit kerana melakukan kesalahan itu.

“Tindakan sedemikian akan menggalakkan perkahwinan di awal usia, sekali gus menghalang kanak-kanak perempuan berkenaan untuk mendapat peluang yang adil dalam pendidikan dan terasing daripada lingkungan rakan sosial sebayanya,” katanya.

Tetapi bapa Omar menolak kritikan tersebut dengan berkata dia merupakan lelaki bebas dan tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Omar mencintai Gharam dan mahu menikahi sepupunya itu apabila mereka sudah dewasa sebelum orang lain mengambil peluang tersebut.

“Mereka hanya akan melangsungkan perkahwinan apabila mencapai usia yang dibenarkan mengikut undang-undang,” katanya. –Agensi

Related posts

Polis Sahkan Terima 42 Laporan Berhubung Isu Stokin Tertera Kalimah Allah

Sembur racun serangga dalam telinga untuk bunuh lipas

Pakar bedah tertua dunia berusia 89 tahun