‘Kami tidak sekat permainan seronok’ – Guan Eng

Demikian komen Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kontroversi permainan Pokemon Go.

Menurutnya, bagaimanapun pemain perlu mengutamakan keselamatan ketika berada di tempat awam.

“Kerajaan Negeri juga tiada halangan ke atas permainan ini, namun untuk kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan (Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri) itu, saya tidak boleh ulas kerana bukan dalam bidang saya,” katanya.

Beliau dilihat bermain permainan Pokemon Go di Gurney Paragon selepas sebuah acara di pusat beli-belah berkenaan kelmarin.

Malah semalam, Guan Eng dilihat berkongsi beberapa tip permainan itu bersama rakan Facebooknya.

Ia mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna yang rata-ratanya begitu seronok dengan cadangan ketua menteri itu. – Sinar Harian

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia