Kakak Bella Ditahan Polis, Langgar Akta Kanak-Kanak

BATU PAHAT: Polis Batu Pahat mengesahkan menahan kakak kepada Bella atau Mila Sharmila Samsusah yang mati dibunuh teman lelakinya awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, tangkapan itu dilakukan bagi membantu siasatan terhadapnya kerana didakwa melanggar Akta Kanak-Kanak 2001.

“Pada Jumaat lalu jam lebih kurang 12.00 tengah hari pihak polis telah menerima laporan daripada seorang perempuan yang menyatakan gambar anaknya berusia 4 tahun yang merupakan saksi pendakwaan bersabit satu kes pembunuhan di Batu Pahat telah disebarkan melalui ‘live’ diaplikasi ‘TikTok’.

“Susulan daripada itu, lebih kurang jam 2.10 pagi pihak polis telah menahan seorang perempuan warga tempatan berusia 36 tahun semasa dia tampil untuk memberi keterangan di IPD Batu Pahat.

“Polis juga turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk membuat ‘TikTok Live’ tersebut bagi siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Tangkapan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk permohonan reman dan Majistret membenarkan saspek ditahan selama sehari bagi membantu siasatan.

Pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak- kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan.– MalaysiaGazette

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap