Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 27, bagaimana tidak menafikan bahawa dia dan Rody sedang mengenali hati budi masing-masing.
“Buat masa sekarang, saya dan Rody masih dalam fasa berkawan. Kami mula rapat sejak terlibat sama dalam satu program hiburan stesen televisyen. Untuk ke fasa yang elbih serius, kami belum terfikir untuk ke arah itu atau punya sebarang perancangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Ujarnya, dia sudah kenal lama dengan Rody sejak menjadi pembantu peribadi Ella sekitar tahun 2008.
“Apapun, saya mohon doa yang baik-baik untuk kami,”ujarnya, memetik Kosmo Online.