KAFA umum pengganti Devan petang ini

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, berkata bekas Ketua Jurulatih itu mengambil keputusan untuk berundur secara baik dan KAFA amat menghargai segala jasa baik beliau.

Beliau berkata, Devan sudah berbincang dengan pihak pengurusan KAFA sejak beberapa minggu la berhubung hasratnya untuk meninggalkan Kelantan.

“Kita mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat beliau.Devan seorang yg dedikasi dan jujur.Kedatangannya ke Kelantan dengan ikhlas mahu cuba membantu dengan terma yang paling ringan.

“Beliau juga mengundur diri secara baik dan penuh hormat selepas beliau secara peribadi merasakan sudah berusaha sebaik mungkin.

“Beliau menangguhkan hasratnya beberapa kali bagi memberi kita peluang membuat persiapan, terima kasih Devan,” katanya di laman Facebook pagi ini.

Devan semalam mengejutkan peminat bola sepak tanah air apabila mengesahkan yang beliau sudah meletak jawatan selaku Ketua Jurulatih Kelantan kelmarin.

Kelantan dibawah kendalian Devan pada musim ini mempamerkan aksi tidak konsisten apabila berjaya meraih tiga kemenangan daripada 10 perlawanan.

Annuar dijangka mengumumkan Ketua Jurulatih baharu pasukan itu petang ini pada satu sidang media di ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sidang media itu juga dijangka akan mengumumkan mengenai kerjasama antara KAFA dan kelab Bari FC 1908.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2