Kadar lesen baru JPJ palsu

Ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui satu kenyataannya hari ini menjelaskan perkara berkenaan yang mana pihak mereka tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

“Kadar yang dinyatakan di dalam portal rasmi jabatan merupakan kadar bagi lesen kelas memandu secara tunggal. Sekiranya pemandu memiliki lesen lebih daripada dua kelas lesen, kadar kelas yang tertinggi akan dikenakan bayaran.

“Sebagai contoh, pemandu yang memiliki lesen kelas B2 sahaja (secara tunggal) kadar bayaran tahunan yang dikenakan ialah RM20.00. Namun, sekiranya pemandu memiliki lesen kelas memandu B2 dan D (atau lebih), kadar bayaran tahunan ialah RM30.00 (kadar bagi lesen kelas D) yang mana kadar bayaran dikenakan ke atas lesen kelas tertinggi,” memetik kenyataan tersebut.

Awal hari ini, gambar kadar bayaran ‘terbaru’ bagi lesen memandu yang diambil daripada website Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menjadi viral di ruangan media sosial.

Mengikut gambar tersebut, kadar untuk lesen memandu kelas B (motosikal) berharga RM20 manakala untuk lesen memandu kelas D (kereta) RM30.

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat lesen untuk kelas B dan kelas D kini perlu diperbaharui secara berasingan yang menjadi jumlah keseluruhan yang perlu dibayar sebanyak RM50 setahun.

Sebelum ini harga yang dikenakan untuk memperbaharui lesen kelas B dan kelas D hanya RM30 setahun untuk kedua-dua lesen tersebut.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia