Kadar GST kekal walau BN menang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata dakwaan pembangkangan kononnya kadar GST akan naik selepas BN menang hanya usaha terdesak untuk memenangi pilihan raya.

“Ini ini satu pembohongan yang tidak ada asas sama sekali dan memang tidak ada dalam perbincangan, sama ada diperingkat kewangan dan menteri untuk naikkan kadar dalam apa jua keadaaan.

“Ini taktik untuk timbulkan kemarahan rakyat. Harap rakyat tidak termasuk dalam perangkap kepalsuan dan rekaan semata-mata,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Wisma Bapa Malaysia, Kuching di sini.

Pembangkang khususnya DAP dalam kempen mereka mendakwa kerajaan akan menaikkan kadar GST kepada sekurang-kurangnya 10 peratus jika BN menang besar dalam pilihan raya 7 Mei ini.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai