Menerusi kad berkenaan, turut tertera adalah nama penuh Fara dan Hafiz, lengkap dengan butiran dan lokasi majlis yang dijadualkan berlangsung pada 17 September ini.
Bagaimanapun usaha untuk menghubungi Fara atau nama sebenarnya, Fara Fauzana Mohd. Fadzil, 36, bagi mendapat kepastian mengenai kad kahwin berkenaan gagal.
Fara yang turut dikejar wartawan sehingga ke set program Muzik-Muzik juga tidak mahu bertemu media.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif Muzik Muzik, Nurhul Huda Khalid dan penerbit rancangan itu, Zamzuri Zaini menjelaskan Fara enggan diganggu pada masa ini.
“Maaflah, awal-awal lagi Fara dah cakap yang dia tidak mahu ditemu bual kerana mahu memberi tumpuan pada program Muzik Muzik.
“Sebenarnya kami juga risau kalau-kalau dia tidak dapat memberi tumpuan kerana masalah itu (pembatalan pernikahannya). Lagipun ini program siaran langsung dan bukan rakaman. Takut juga kalau mood dia terganggu,” jelas Nurhul Huda, memetik Utusan Online.