Jutawan misteri ‘mengganas’ lagi..Kali ini menguasai syarikat pembinaan gergasi WCT

Dia sekarang tengah membangunkan PAVILLION BUKIT DAMANSARA (sebelum ini kompleks kerajaan Pusat Bandar Dsara) dgn kos RM7 bilion dan bakal buka Hotel Royal Pavillion.

Siew Choon ni dianggap misteri kerana jarang muncul di khalayak ramai…gambar dia kat google pun adalah sekeping.

Terbaru Siew Choon menguasai pula syarikat pembinaan gergasi WCT bila beliau membeli saham drp dua pemegang saham utama syarikat tersebut dengan nilai lebih RM600 juta!

Kalau korang nak tahu, WCT lah yg bina sirkit F1 kat Sepang, Bahrain dan Abu Dhabi. Syarikat tu juga yg bina highway LEKAS, highway Guthrie dan terbaru dapat kontrak bina fasa pertama highway Pan Borneo bernilai lebih RM1 billion! WCT juga owner Paradigm Mall PJ, Aeon Bukit Tinggi dan gateway@KLIA2.

Dengan ‘deal’ terbaru ini, automatik PAVILLION, MALTON DAN WCT dah dikuasai Siew Choon sekarang…apa lagi agaknya selepas ini? Kaya raya sungguhlaaaa…

Â

Dipetik dari Facebook Syahril A. Kadir

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun Facebook dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak editorial SmasaNews.com

Related posts

Adat Berniaga di Bulan Ramadhan dan Pembaziran

ABIM Gesa Laksana Undang-undang Kekang Promosi Aktiviti Persundalan

Perjalanan terakhir Proton? Alahai