Mohamad Danial yang mula bertugas dengan Utusan Online Mei tahun ini tampil dengan persembahan bersahaja meniru mimik suara selebriti terkemuka termasuk Shamsul Yusof dan Ustaz Kazim Elias, berjaya mencuri perhatian para juri dan peminat sehingga membolehkan anak kelahiran Pulau Pinang itu meraih undian tertinggi.
Pemuda berusia 23 tahun itu turut berjaya menewaskan tiga finalis lain iaitu Achmad Rusli (Mad Sabah), Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim dan Mohd. Hafiz Abdul Ghani untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000 beserta trofi.
Tempat kedua dimenangi oleh Mat Sabah yang membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 beserta trofi.
Manakala Ahmad Fikry (tempat ketiga) dan Mohd. Hafiz (tempat keempat) masing-masig membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan RM10,000 berserta trofi.