Juruterbang dan pembantu EgyptAir MS804 dikenal pasti

Portal berita CNN yang memetik sumber berkata, Mohamed Said merupakan kapten pesawat manakala Mohamed Mamdouh adalah pembantu juruterbang.

Sumber itu memberitahu, Mirvat Zaharia Zaki Mohamed pula adalah Ketua Atendan Penerbangan pesawat berkenaan.

Terdahulu, Naib Presiden EgyptAir, Ahmed Adel mengesahkan pesawat terbabit telah menjalani rutin penyelenggaraan yang dijadualkan dan tiada sebarang masalah dilaporkan.

Dalam pada itu, para pegawai siasatan berkata, pemeriksaan terhadap penumpang mendapati tiada antara mereka yang disenaraikan dalam senarai `meragukan’.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia