Jurukamera RTM ditembak

Dalam kejadian di susur masuk Jambatan Pulau Pinang itu, dua lelaki termasuk Mohamad Amirul dan seorang wanita cedera manakala tiga lagi meninggal dunia.

Suspek melepaskan tembakan dan terkena bahu kiri mangsa kira-kira jam 7.30 malam.

Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang menaiki motosikal bersama seorang rakannya.

Insiden berlaku selepas mereka menghentikan motosikal berhampiran Pusat Komersial E-Gate kerana mahu melihat kemalangan, sebelum mangsa ditembak seorang individu tidak dikenali.

Mangsa dilaporkan stabil dan kini dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian terbabit.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap