Juruaudit rakam punggung wanita dibelasah orang awam

Dalam kejadian jam 9.40 malam tadi di sebuah kompleks beli-belah dekat Johor Bahru, lelaki berusia 27 tahun itu yang bekerja sebagai juruaudit cedera teruk di muka dan kepala, mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata perbuatan lelaki itu disedari oleh seorang rakan mangsa berusia 20-an, sebelum menegur lelaki terbabit.

“Suspek kemudian melarikan diri selepas sedar perbuatannya itu disedari oleh rakan mangsa.

“Bagaimanapun, orang awam yang berada di kawasan berkenaan menahan suspek dan memukulnya sehingga mengalami kecederaan teruk di muka dan kepala.

“Lelaki terbabit kemudian ditahan polis ketika mendapatkan rawatan di HSA dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sulaiman berkata, polis menghargai kerjasama orang awam membantu menahan suspek, bagaimanapun menasihatkan supaya tidak menggunakan kekerasan terhadap suspek.

“Jika ada penahanan dilakukan, polis ingin menasihatkan orang awam supaya tidak bertindak mengikut perasaan dan melampaui batasan, sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat,” katanya memetik BH Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap