Juruaudio mengaku tidak bersalah kendali harta pengganas

Muhammad Nazrul Nooh, 37, didakwa dengan pengetahuan mengendalikan harta seorang pengganas, dengan cara membenarkan transaksi kemasukan dan pemindahan wang sebanyak RM2,000 daripada akaun Maybanknya, bagi memberi manfaat kepada pengganas berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Damansara Utama, Petaling, Selangor, antara pukul 2.22 petang, 26 April dan 3.03 petang, 29 April lepas.

Muhammad Nazrul didakwa mengikut Seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana harta berkenaan, jika sabit kesalahan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menetapkan 11 Oktober untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam, manakala Muhammad Nazrul diwakili peguam Adi Zulkarnain Zulkafli.

Tertuduh kemudian dibawa ke penjara Sungai Buloh, Selangor. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap