Jumpa 33 kapsul syabu ketika bedah mayat

Nilai 33 kapsul dadah yang ditemukan dalam satu mayat yang sedah dibedah siasat itu dianggarkan mencecah RM20,000 mengikut harga pasaran.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bedah siasat ke atas mayat lelaki dipercayai warga Indonesia itu dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, pada Sabtu.

“Berat 33 kapsul dadah itu lebih kurang 300 gram dengan setiap satu seberat lapan hingga 10 gram,” katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Difahamkan, nilai dadah berkenaan dianggarkan mencecah RM20,000 mengikut harga pasaran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap