Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi Ahad

Peningkatan itu dicatat di daerah Kuala Terengganu yang merekodkan 1,362 orang daripada 304 keluarga berbanding 1,169 orang daripada 274 keluarga pada Sabtu malam.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi Infobanjir, Dungun mencatatkan penurunan dengan hanya 78 mangsa (20 keluarga) masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Metangau berbanding 89 orang daripada 23 keluarga, Sabtu malam.

Di Marang pula, jumlah terkini mangsa yang ditempatkan di SK Pasir Putih berkurang kepada 21 mangsa merangkumi tujuh keluarga selepas empat orang daripada sebuah keluarga dibenar pulang ke rumah mereka. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia