Sorang pengguna Facebook yang menggunakan nama panggilan Jat Jaa memuat naik status dengan lima gambar yang menunjukkan perbualan disyaki antara beberapa pembeli dengan seorang penjual.
Malah, gambar-gambar berkenaan juga disyaki menunjukkan ‘hasil’ selepas menggunakan pil-pil menggugurkan janin berkenaan tanpa ada sesalan di pihak pembeli.
Jat Jaa mempertikaikan kenapa isu tidak bermoral ini tidak dipandang serius oleh pihak berkuasa dan diambil tindakan segera bagi membendung penularan penjualan pil penguguran janin berkenaan daripada mereka yang boleh menyebabkan kerosakan akhlak anak-anak muda zaman sekarang.
Sementara itu semua komen pada status berkenaan mengecam tindakan tersebut dan mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan segera dalam membendung kejadian lebih banyak mereka yang tidak bertanggung jawab menggugurkan bayi secara terpaksa.
“Ya Allah kesiannya tu jahat pulak mama snggu bunuh anak nya sendiri..al-fatihah”, tulis Nanie Anie Ben.
“Bodoh punya manusia dah tau taknak anak, takyah la main bangang”, Irwan Wahyudi.