Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata data Polis Diraja Malaysia pula menunjukkan bagi tempoh yang sama, terdapat 526 kes pembuangan bayi.
“Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan kes kehamilan remaja belum berkahwin bagi tahun 2012 hingga 2015 adalah sebanyak 16,270.
“Berdasarkan Statistik Remaja Hamil Jabatan Kesihatan Negeri 2012 hingga 2015, tiga negeri dengan statistik tertinggi remaja berumur 10 hingga 19 tahun hamil adalah Sarawak (5,246 orang), Johor (2,427 orang) dan Selangor (1,603 orang),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen pada Khamis bagi menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mengenai jumlah bayi luar nikah dilahirkan dalam masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015 dan tindakan bagi menyelesaikan masalah kelahiran luar nikah itu.