Melalui satu kenyataan hari ini, jabatan berkenaan berkata maklumat yang diviralkan melalui laman media sosial dan aplikasi Whatsapp itu adalah tidak benar.
“JPJ menafikan bahawa terdapat pengumuman mengenai kenaikan kadar fi Lesen Kenderaan Motor yang melibatkan semua jenis kenderaan 800cc ke atas bermula Januari 2017.
“Informasi tersebut tidak tepat dan palsu telah tersebar meluas melalui media sosial aplikasi Whatsapp baru-baru ini,” kata kenyataan tersebut.
JPJ dalam kenyataannya berkata jabatan berkenaan memandang serius perkara itu kerana ia boleh menimbulkan salah faham kepada masyarakat awam.
Pengumuman palsu itu mula tersebar dengan mengatakan Lesen Kenderaan Motor bermula 800cc ke atas akan mengalami kenaikan sebanyak 20 pertaus bermula Januari tahun hadapan.
Berdasarkan maklumat plasu tersebut, kenaikan yang dianggarkan ialah sebanyak RM168.50 yang mana turut melibatkan kadar kenaikan sebanyak 25 peratus bagi bayaran insurans.