Johor tubuh jawatankuasa teliti cadangan Bank of Johor, kata Khaled

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri itu bercadang untuk mendapatkan nasihat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi bertujuan melantik konsultan kewangan dan pihak yang mempunyai kepakaran tersebut.

“Kerajaan negeri akan perhalusi secara serius titah cadangan Sultan Johor mengenai penubuhan ‘Bank of Johor’. Kita perlu meneliti cadangan baik ini dan mengambilkira pelbagai faktor.

“Antaranya matlamat dan keberkesanan model yang ingin digunakan, daya saing dan sumber kepakaran yang diperlukan serta kemampuan kita memenuhi syarat yang ditetapkan BNM dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013,” katanya, ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Penggal Keempat Dun Johor Kali Ke-13 di Kota Iskandar di Johor, pada Ahad.

Khaled berkata, kerajaan negeri Johor bersikap terbuka untuk mengkaji model serta struktur terbaik bagi menubuhkan bank berkenaan samada berkonsep pembangunan, perdagangan, komuniti, patuh syariah atau koperasi.

Sultan Ibrahim pada April mencadangjan supay kerajaan negeri menubuhkan sebuah bank sendiri dikenali sebagai ‘Bank of Johor’ bagi memudahkan rakyat negeri ini mendapat pinjaman perumahan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia