Jika Anina tidak dilantik Ketua Srikandi kerana skandal seks, kenapa Muhyiddin dikecualikan – Khairuddin

Bekas ahli PPBM, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, parti itu tidak boleh kelihatan seolah-olah mengamalkan dasar pilih kasih.

“Sekiranya Anina Saadudin tidak dilantik ke jawatan Ketua Srikandi PPBM disebabkan oleh viral kes skandal seks beliau, ramai rakyat di peringkat akar umbi turut bertanya tentang kedudukan skandal Muhyiddin dengan isteri orang pada suatu masa dahulu.

“Selaku Presiden PPBM, Muhyiddin juga tidak seharusnya dikecualikan daripada membersihkan namanya dalam isu sama yang membelenggu imej­nya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada 2 September lalu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah menggesa Muhyiddin memfailkan saman terhadap peguam, Stanley Clement Agustin dan bekas isterinya, Datuk Nika Gee Siew Yee kerana membabitkan nama bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam kes perceraian berprofil tinggi pasangan berkenaan.

Terdahulu pada 2 Jun lalu, penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin melalui portal Malaysia Today, www.malaysia-today.net mendakwa, seorang lelaki membuat Akuan Bersumpah (SD) berhubung skandal antara Muhyiddin dan isterinya.

Sementara itu, berhubung isu Anina, Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh menjelaskan, parti berkenaan masih belum me­nubuhkan sayap Srikandi.

Beliau memberitahu, penubuhan sayap adalah di bawah bidang kuasa Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM justeru isu kedudukan Anina sebagai Ketua Srikandi PPBM tidak seharusnya ditimbulkan.

“Anina kekal sebagai Ahli MPT PPBM yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan ke­giatan Srikandi sehingga sayap parti ditubuhkan secara rasmi,” katanya.

Semalam, portal Free Malaysia Today melaporkan, Anina mendakwa beliau disingkirkan daripada jawatan tersebut berikutan isu perbualan intim dengan seorang lelaki melalui aplikasi WhatsApp yang menjadi viral dalam media sosial baru-baru ini, memetik Utusan Online.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri