Ji Hyo dan Jong Kook bakal tinggalkan Runningman

Kedua-dua bintang tersebut adalah Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo, apabila pihak mereka telah mengesahkan bahawa kedua-dua selebriti tersebut akan meninggalkan rancangan variasi tersebut.

Menurut pihak agensi Song Ji Hyo, keputusan ini telah lama dibincangkan kerana kesibukan jadual membuatkan Ji Hyo terpaksa menarik diri daripada Runningman.

Walaubagaimanapun, tarikh terakhir bagi Kim Jong Kook menjalani pengambaraan adalah pada minggu depan, manakala bagi Ji Hyo pula masih belum di tetapkan lagi.

Walaupun kehilangan dua bintang Runningman, produksi program tersebut akan menggantikan dengan bintang baru yang setaraf dengan Yoo Jae Suk iaitu Kang Ho Dong.

Ahli asal yang masih bersama dalam Runningman adalah Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha dan Lee Kwang Soo.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran