Jho Low masih warganegara Malaysia

Ketika dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, Jho Low masih lagi memegang pasport Malaysia yang mempunyai tempoh sah laku.

“Sehingga kini, Kementerian Dalam Negeri tidak menerima sebarang aduan atau laporan berkenaan pemilikan dwi kerakyatan dan beliau juga tiada membuat sebarang permohonan perlepasan kewarganegaraan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PKR-Kelana Jaya, Wong Chen yang meminta penjelasan sama ada Jho Low mempunyai sekurang-kurangnya satu passport Amerika Syarikat.

Ia susulan daripada pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report tahun lalu yang mendakwa Jho Low kini merupakan warganegara Amerika Syarikat dan mempunyai pasport negara berkenaan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia