Pemilihan Prem, yang juga Perdana Menteri Thailand dari 1980 hingga 1988, disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Wissanu Krea-ngam dalam wawancara menerusi televisyen lewat malam tadi.
Wissanu yang bertanggungjawab berkaitan hal ehwal perundangan dalam kerajaan, mengesahkan perkara itu selepas Naib Presiden Parlimen Thailand (NLA) Pornsak Porjit memberitahu media tempatan tentang pelantikan Prem semalam.
Prem, 96, yang juga bekas Panglima Tentera Thailand, dilantik menganggotai majlis yang berkuasa penuh itu pada 1988.
Pada Khamis malam, beberapa jam selepas pengumuman rasmi kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej, Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-chan memberitahu media bahawa Putera Mahkota meminta diberi sedikit masa sebelum baginda menaiki takhta. – Bernama