Jenazah mantan KM Sarawak selesai disolatkan di Masjid Negara

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud selesai disolatkan di Masjid Negara pada 10.24 pagi.

Solat jenazah yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni itu, turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain serta kira-kira 100 hadirin terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa ke Dewan Syarahan Utama Masjid Negara untuk ahli keluarga dan rakan-rakan memberi penghormatan terakhir sebelum dibawa pulang ke Sarawak.

Terdahulu, van membawa jenazah Allahyarham tiba di Masjid Negara untuk dimandikan pada pukul 9.11 pagi, selepas selesai urusan di hospital swasta, sebelum dijangka dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang untuk diterbangkan ke Kuching, Sarawak pada 1 tengah hari.

Abdul Taib, 87, meninggal dunia pada 4.40 pagi tadi selepas menerima rawatan selama kira-kira seminggu di hospital berkenaan. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia