Jenazah mangsa go kart dikebumi satu liang lahat

Talkin dibacakan oleh Kadi Kuantan, Abdul Zaki Mohd Zain.

Sebelum itu, kedua-dua jenazah disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota.

Dua beranak itu maut akibat rempuhan kenderaan jenis go kart ketika perlumbaan berlangsung dalam Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMRACE) di Indera Mahkota pagi Ahad.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika perlumbaan berlangsung di litar terbuka berhampiran Kompleks Tertutup Sukan Pahang (Sukpa) , di Kuantan.

Izwan bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah syarikat di Gebeng maut di lokasi kejadian manakala anak perempuannya Nur Zulaikha berusia empat tahun meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) ketika mendapatkan rawatan.

Anak lelakinya,Muhammad Izz Daniel,7, yang cedera kini dirawat di HTAA.

Isterinya Siti Suhaiza Seman, 38, bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama sejak 2008 cedera ringan.

Kejadian berlaku dipercayai akibat rempuhan sebuah kenderaan go kart itu yang hilang kawalan lalu merempuh ke arah kawasan itu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia