Zaid yang terlalu baik hati, mungkin tidak mempertimbangkan isu “keselamatan” Mahathir, berangan-angan menganggap Mahathir pasti akan menang di setiap pertempuran. Mahathir yang sudah 18 tahun meninggalkan pilihan raya demokratik, dalam 222 kerusi Parlimen, yang mana satu milik beliau?
Pemimpin politik UMNO yang lama dan baharu, masing-masing ada kubu yang pasti akan dimenangi. Contohnya Anwar Ibrahim di Permatang Pauh; Tengku Razaleigh di Gua Musang dan Nazri Aziz di Padang Rengas.
Nazri Aziz yang tidak pernah meletakkan Mahathir di depan mata, sentiasa memanggilnya Tun Mahathir “si nyanyuk” dan “halia tua”. Malah Nazri dengan bangganya memberitahu semasa dua penggal PRU lepas, di bawah angin perubahan orang Cina, beliau masih bergantung kepada “undi kaum Cina” untuk menang.
Di Parlimen Padang Rengas, undi Melayu antara pemerintah dan pembangkang adalah sama rata, maka Nazri Aziz terpaksa bergantung kepada “budi bicara” undi kaum Cina untuk terus mempertahankan kerusi.
Hari ini, Tun Mahathir menubuhkan PPBM bagi menggantikan UMNO, walaupun belum dapat diketahui sejauh mana kekuatan parti itu, namun bercakap mengenai bertanding semula pada PRU, sudah tentu kerusi Padang Rengas milik Nazri Aziz akan menjadi pilihan pertama Mahathir. Ini kerana undi Melayu di Padang Rengas sudah terbahagi dua, maka undi kaum Cina akan menjadi penentu kemenangan.
Realiti politik, di mana sebenarnya Tun Mahathir mahu mencari kawasan yang selamat? Sebagai bekas PM yang kuat dulu, Mahathir akhirnya hanya boleh bertanding di kampung sahaja. – Guang Ming Daily