Jemaah menteri adakan mesyuarat di Kuching hari ini

Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di bangunan setinggi 22 tingkat itu, yang dinamakan bersempena Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata, perubahan tempat mesyuarat itu adalah untuk menunjukkan sokongan terhadap kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat berkenaan telah dicadangkan Najib kerana beliau merasakan bahawa beliau perlu berada di Sarawak dan ingin mendapatkan komitmen daripada setiap menteri Kabinet.

“Mesyuarat Kabinet esok (Rabu) adalah untuk menunjukkan komitmen dan sokongan moral kami terhadap kepimpinan kerajaan negeri. Ia juga bagi menterjemahkan sokongan kami kepada Adenan dan juga visi beliau.

“Dengan sokongan daripada kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kita berada di sini untuk bersama-sama dengan rakyat Sarawak,” kata Zahid semalam.

Kali terakhir mesyuarat Kabinet diadakan di luar Putrajaya ialah di Kuantan pada 2011. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia