MP DAP pertikai amanah Allahyarham Haron Din

Beliau dikecam pengguna laman sosial tersebut termasuk seorang pengguna laman itu yang menggunakan nama Lim Sian See.

Jeff mempertikaikan amanat terakhir Mursyidul Am PAS itu yang meminta untuk dikebumikan di Amerika Syarikat.

“Belasungkawa Allahyarham Datuk Dr Haron Din. Bukan ke AS itu tanah yang penuh dosa dan dilarang pergi oleh para jihadis? (Disunting),” memetik status Twitter Jeff yang dimuat naik pada Jumaat.

Status berkenaan mengundang kemarahan ramai netizen.

Rata-ratanya mengutuk tindakan Jeff yang dipandang tidak wajar ekoran pemergian Ulama PAS itu.

Tidak lama kemudian, Jeff mengubah statusnya dengan hanya mengekalkan ucapan ‘Belasungkawa Datuk Dr Haron Din’ beserta gambar ‘screen shot’ artikel dari salah satu portal media tempatan.

Haron Din meninggal dunia awal hari ini pada jam 10.10 pagi di California selepas menjalani rawatan pintasan injap jantung.

Beliau mengamanahkan keluarganya untuk menyempurnakan pengebumiannya di Amerika Syarikat tanpa membawa pulang ke tanah air.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri