JDT juara Liga Super 2016

Kemenangan itu menobatkan JDT juara Liga Super 2016 yang mengumpul 52 mata walaupun berbaki dua perlawanan sekali gus mengenepikan penghuni tangga kedua, Felda United dengan 42 mata dengan baki tiga perlawanan.

Kejayaan itu turut menyaksikan Harimau Selatan mencatat sejarah baharu arena bola sepak tanah air sebagai pasukan pertama merangkul kejuaraan Liga Super tiga tahun berturut-turut pada 2014, 2015 dan 2016.

Anak buah Mario Gomez beroleh gol pendahuluan susulan larian deras bek kanan JDT, S Kunanlan yang meluru masuk ke kotak penalti yang menghukum pelawat selepas bentesan ke atas bekas pemain kebangsaan itu menghadiahkan sepakan penalti buat tuan rumah pada minit ke-27.

Sepakan penalti mudah disempurnakan penjaring terbanyak JDT, Jorge Pereyra Diaz yang merembat ke sebelah kanan menewaskan Mohd Sharbinee Alawee untuk gol pertama JDT.

JDT sekali lagi beroleh sepakan penalti selepas Sharbinee Alawee mengasari Diaz di dalam kotak penalti dan kali ini, giliran Safiq Rahim meledak daripada jarak 11 meter untuk mereka selesa dengan 2-0 pada minit ke-83 sebelum Diaz menambah duka pelawat dengan gol kedua peribadinya dua minit berselang.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2