Jawatankuasa Audit Dalaman Mara bermesyuarat hari ini

Namun, untuk mesyuarat ini Annuar belum dipanggil bagi membantu siasatan.

Pengerusi Sementara MARA, Datuk Dr. Yusof Yacob ketika dihubungi berkata, terpulang kepada ahli jawatankuasa berkenaan untuk menetapkan perkara itu.

“Kita tidak tahu berapa kali mesyuarat ini akan diadakan dan bila Tan Sri Annuar akan dipanggil, terpulang kepada ahli jawatankuasa.

“Saya tidak terlibat dengan mesyuarat ini dan saya harap kita beri ruang kepada mereka untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara terbaik bagi memastikan kepercayaan rakyat terhadap Mara tidak luntur,” katanya.

Dalam kenyataannya semalam Yusof berkata, untuk berlaku adil Annuar akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadapnya.

Sementara itu, sekitar 20 orang petugas media mula berkumpul di lobi Bangunan Mara di ibu negara bermula pukul 7.30 pagi bagi mendapatkan maklumat berkenaan mesyuarat itu, memetik Utusan Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia