Jawatan Mursyidul Am PAS dipangku MB Kelantan

Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan kepada TheRakyatPost.my pagi ini.

Menurut beliau, buat sementara waktu ini, Ahmad akan mengisi kekosongan jawatan tersebut sehingga satu waktu yang akan dimaklumkan kelak.

“Kekosongan sementara ini diisi oleh beliau sebelum kita adakan pemilihan kelak. Bila pemilihan itu kita kena tunggu keputusan dan pertimbangan dari Majlis Syura.

“Buat masa ini, jawatan berkenaan dipangku oleh Timbalan Mursyidul Am PAS,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Takiyuddin berkata bahawa pihak PAS telah mengarahkan seluruh ahli PAS di setiap peringkat untuk menunaikan solat jenazah ghaib bagi Allahyarham Haron Din sebagai satu penghormatan terakhir kepada Ulama itu.

Haron Din meninggal pada Jumaat, 10.10 pagi waktu tempatan di California, Amerika Syarikat selepas menjalani rawatan berkaitan masalah jantungnya.

Jenazah Ulama PAS itu telah selamat dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri