Jangkitan kuman punca air mata darah

Memetik laporan Berita Harian, Pakar Perunding Mata, Unit Oftalmologi Hospital Melaka, Dr Raja Norliza Raja Omar, berkata penyakit dikenali ‘Pseudomembranous Conjuctivitis’ itu adalah jangkitan kuman pada tisu di mata.

“Dalam kes bayi ini, kita dapati faktor jangkitan adalah persekitaran tidak bersih seperti udara atau air yang digunakan.

“Jangkitan ini tidak serius berikutan sering berlaku dalam kalangan bayi dan orang dewasa yang menyebabkan mata menjadi merah,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Melaka pada Isnin.

Dr Raja Norliza berkata, jangkitan itu tidak membahayakan kesihatan dan mengambil masa beberapa minggu untuk pulih dengan menjaga kebersihan.

Maryam Batrisya Abu Kassim dilaporkan mengalirkan air mata berdarah hampir setiap hari hingga membingungkan ibunya, Hazura Kamal Santhirasehar, 24.

Hazura Kamal yang menetap di Tanjung Minyak, mendakwa tangisan darah itu dikesan sejak anaknya berusia lima hari.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia