Janganlah hina pondan – Jaafar Onn

Jaafar memberikan maklumbalas tersebut melalui posting salah seorang kenalannya di Facebook.

“Tetiba isu pondan pagi keluar kenapa… hahahaha.. janganlah hina pondan dia pun nak hidup” tegasnya.

Terdahulu Rouslan Moktar, rakan kepada selebriti tersebut menulis “Jangan menghina pondan dan pondan pula jagalah perlakuan agar tidak dihina.

Rouslan kemudianya menjelaskan status tersebut bukan bertujuan untuk menghina golongan tersebut.

Beliau turut menegaskan amat memahami naluri kaum mak nyah sambil menyifatkan ramai dikalangan golongan tersebut mempunyai hati budi yang baik.

” Memahami naluri kaum mak nyah. Mereka ingin sentiasa kelihatan cantik dan tak keterlaluan dikatakan mereka lebih cerewet dari kaum wanita dalam soal kecantikan dan berfesyen.

“Nak sambung lagi tapi takut kena kecam berhenti setakat tu je la. Kebanyakkan mak nyah yang saya kenal baik hari budi mereka” tulisnya lagi.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran