Jangan usik Johor, Ketua Pemuda UMNO Pulai beri amaran

Ketua Pemudanya, Sheikh Nafiq Al-Firdaous Sheikh Abd Rahman berkata, tindakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed yang sering kali ‘cari pasal’ dengan pentadbiran Johor dilihat sebagai satu usaha terdesak untuk mengganggu gugat kestabilan dan keharmonian negeri ini.

Menurut beliau, tuduhan demi tuduhan melulu yang dibuat Mahathir dan yang terbaharu mendakwa Johor akan memberikan 700,000 kad pengenalan kepada warga asing seperti sengaja mahu memburuk-burukkan pentadbiran negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Kita hairan kepada seorang negarawan yang disanjung sebagai pemimpin berwawasan cuba mengganggu gugat pembangunan Johor dengan membuat tuduhan tidak berasas dan seperti mahu memusnahkan kejayaan yang sedang dicipta oleh negeri ini.

“Kalau sebab kepentingan politik sekali pun, janganlah sampai memperjudikan prinsip diri yang dipegang selama ini, jangan berniat nak ‘usik’ negeri ini kerana Bangsa Johor tak akan mengizinkannya,” katanya.

Sheikh Nafiq juga memjelaskan Pemuda Umno Bahagian Pulai akan berdiri teguh bersama kedaultan Sultan Johor dan menteri besar dalam mempertahankan negeri itu daripada terus ‘diserang’ oleh golongan yang mempunyai kepentingan politik peribadi semata-mata.

Ujar beliau, seluruh rakyat Johor melihat sendiri bagaimana payahnya institusi diraja Johor dan pentadbiran kerajaan negeri berusaha membangunkan negeri berkenaan untuk berada di tahap sekarang ini.

“Jadi Pemuda Umno Pulai menasihatkan golongan yang cuba mengadu domba pasal negeri ini supaya menghentikan segera perbuatan itu.

“Kami sebagai Bangsa Johor akan pertahankan kedaulatan Johor kerana taat setia kami terhadap negeri Harimau Selatan tidak berbelah bahagi,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri